Posts

Solat Tepat Pada Waktunya

Tadi ank2 sy dok main sama sendiri. Masuk asar, sy cuma bc "Qola Rasulullah, Solli solata liwaqtiha" maknanya " kata rasulullah, solatlah tepat pd waktunya". Mula2 ank bt dekk..tp sy ulang lagi, akhirnya ank berhenti dan gerak utk wudhu. Mmg mula2 dulu nk amal, lagiii rasa susah. Myb sbb xbiasa. Tp bila sll sebut dan bc..mudah je sebenarnya.Alhamdulillah

Jom Selawat Bersama

Ibu2 dah ingatkan anak2 utk selawat hari ini? . Cuba tanya anak ,berapa kali selawat hari ini ? "Fasta bi qul  khoirott" ..jom berlumba2 buat baik . Selawat banyak2  .tanda kita sayang Rasulullah . Mulanya sahaja perlu diingatkan .bila dah biasa anak akn tahu .utk biasakan sediakn waktu khas utk anak "wajib " selawat . Waktu "wajib " utk sy disiplinkn ank masa bangun tidur .sebelum turun katil mesti selawat dahulu 💖💖💖.Anak suka reward . Dorong anak apa yg dia akn dapat jika selawat selalu. Sy selalu cakap pd anak . "Uwais selawat selalu .Rasulullah pasti kenal Uwais .jom selawat dgn ibu"

Bila Ibu Rasa Marah

Anak buat perangai . Ibu marah . Apa ucapan yg keluar dari mulut ibu ? Kalau tak mampu cakap baik ( al maklum sdg marah .ibu diam .diam itu sunnah .bila marah ..diam .) Kemudian mohon doa pd Allah . Sdg marah nak berdoa? Ya .masa timbul rasa marah diam  dn berdoa . "Robbi habli minaas solihin" ...Tuhanku kurniakan kpd ku ( anak ) yg soleh .Srh Soffat ayt 100

Tiada Yang Dijadikan ALLAH Adalah Sia-Sia

Tips sayang al quran seawal usia (SASU) Cerdik sungguh anak Pn  Ummu Nafisah . Saya share sedikit bagaimana ibu bapa boleh berkomunikasi dgn anak menggunakan potongan ayt al quran.Dgn tujuan semua perkara dalam hidup ikut modul al quran. Masa anak menunjukkan " ini Allah jadikan...sambil anak menunjukkan pokok2". Besarkan anak dgn dalil dr Al Quran. Ibu boleh panjangkan perbualan dgn anak. Ibu : Ya kakak.semua Allah jadikan .dalam Al Quran Allah ada kata dlm srh Ali Imran ayt 191 "Orang2 yg mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau berbaring sentiasa memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi sambil berkata "Ya Tuhan kami tidaklah Engkau jadikan semua ini sia2.Mahasuci Engkau lindungi kami dr azab api neraka" Ibu : Selepas ni bila kakak tengok ciptaan Allah bertasbih dan baca doa ni ya. Sy didik anak tiap kali lihat ciptaan Allah langit,gunung,lautan atau pokok cantik. Jom anak2 kita tasbih dan baca doa "Ya Allah tidak Engkau jadi...

Membazir Saudara Syaitan

Siti Norlaila 30 November 2016  ·  anak tinggal di asrama vs anak tinggal di rumah. Hari ini sungguh sibuk. Sambil memerhati anak buat brownies untuk tempahan yg diterima. Hari ini keempat2 anak perempuan ada ditambah dgn anak saudara.mmg riuh rendah . Seperti biasa sy memberi arahan pada anak "Acu tolong cuci dan potong kecil2 ayam tu,ibu nak masak"..sy memberi arahan pada anak yg berumur 14 tahun. "Ibuuuuu"..anak bersuara "Kenapa Cu" "Kita tak nak cuci ayam ni ,ada darah..gelilah buu" Saya terperanjat juga alasan "geli" Ayam yg dibeli dipasar bukan ayam yg disembelih sendiri yg terpaksa rebus dulu baru dapat cabut bulunya.Kenapa nak geli? Sy kedapur melihat anak yg seorang lagi menggoreng tempe. Sekali lg terperanjat. "tempe ku dah jadi tepung komak.penuh dgn kunyit" "innal mubazziri nakaanu ikhwanash syayatiin...sesungguhnya membazir itu saudara syaitan"..sambi...

Jangan Marah

Image
Siti Norlaila 29 November 2016  ·  THEORY TO PRACTICE Didik anak sayang Rasulullah Mengapa saya memilih situasi proses membakar dan mendeko kek untuk menyampaikan ayat2 suci al quran ? Kerana anak2 sangat teruja waktu berdepan dengan tepung,mesin dan telur. Paling anak2 teruja waktu memecahkan telur. Walupun nampak mudah tapi mind set anak2 jika telur pecah mesti kena marah....berkecah dapur. Saya juga ibu...sy faham perasaan ank2 Biasanya sy akan mengalakkan anak2 . "pecahkan telur tu...kalau bersepah nanti kita kemas semula" "Jangan takut dan jangan marah' 'Qala Rasulullah SAW, jangan marah dan untukmu syurga"(baca hadis ) Mengapa saya pesan jangan marah dan saya bacakan hadis? Anak2 sedang teruja untuk membaking. Apa yang didengar in sya Allah akn diikut. Mengapa jangan marah? Mereka berkumpulan . Adat berkumpulan walau tak bertanding masing2 teruja mahu memberi persembahan terbaik.Melalui p...

Seni Dalam Berbicara

THEORY TO PRACTICE . Seni dalam bicara. Tajuk pun dah best. Alhamdulillah Allah rezekikan menuntut ilmu dengan Puan  Maznah Ibrahim . Banyaknya didalam Al Quran disebutkan mengenai bicara. Qaulan Sadida...bicara yang jujur Qaulan Ma'rufa...bicara kepada kebaikan Qaulan Baligha...bicara yang membekas dijiwa Qaulan Maisaro...bicara yang baik dan layak dibicara Qaulan Karima...bicara mulia Saya share sedikit apa yang dipelajari dari Pn Maznah dan saya praktikkan pagi ini. Semasa sarapan Uwais (7 tahun)melahirkan rasa tidak puas hati kepada Kak Abby.(13 tahun). Uwais mula bercerita "kak abby tu bu..... Bla..bla..bla" Selalunya keadaan begini saya akan terus menegur dengan menggunakan potongan ayat Al Quran.Tanpa menunggu anak menghabiskan bicara. Tetapi hari ini saya praktikkan ilmu baru. Kata Pn Maznah biar anak 'muntahkan' apa yang ingin disampaikan. Jika ibu cepat mencelah anak tidak dapat meluahkan (memuntahkan) maaf ,emosi sepenuhnya. Ibu k...

Hanya ALLAH Tempat Bermohon

Siti Norlaila 18 November 2016  ·  Bagaimana mengajar anak seawal usia meminta pada Allah.(dalam kehidupan harian) Ibubapa terlebih dulu "bercakap" dengan Allah. Jika mahu memandu kereta contohnya setelah habis berdoa terus bercakap 'Ya Allah selamatkan perjalananku Ya Allah" .Kan Allah Maha mendengar . Boleh juga Ya Allah Ya Samii' (Yang Maha Mendengar) selamatkanlah perjalananku.Bercakaplah secara biasa. Apabila sampai destinasi yg dituju ucapkan Alhamdulillah ,terimakasih Allah. Bila anak biasa melihat perlakuan kita In sya Allah anak akan mengikut (teori Albert Bandura modelling). Sabda Rasulullah ibu adalah suri teladan terbaik.Anak mudah mencontohi. Bila anak kecil minta sesuatu katakan pada anak. "Adik minta pada Allah dulu" "Allah tumpuan segala makhluk untuk meminta" Srh Al Ikhlas ayat 2 Dan ibu terus bacakan ayat serta maknanya. Agar kehidupan anak seawal usia terkait dengan al quran. Apabila...

Didik Diri Dan Anak Tidak Sombong Dengan Ilmu

Dalam mendidik anak, terkadang kita tidak terlepas dari perasaan bangga bila melihat kemajuan anak apatah lagi, anak kita nampak lebih mahir berbanding rakannya yang lain. Malah, anak juga pasti akan merasa diri mereka lebih dari yang lain. Bagi mengingatkan diri sendiri dan anak-anak, kita perlu selalu merujuk kepada ayat 7-8 dari surah al-Zalzalah : فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Jangan pula sampai kita menjadi seperti Firaun yang kata-kata bongkaknya dirakamkan dalam al-Quran surah An-Nazi'at ayat 24 فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi" Kesombongannya telah menyebabkan dia merasa dirinya adalah tuhan. Tidak mahu juga sampai kita menjadi sep...

Janganlah Kamu Mempersekutukan Allah

Jangan sekutukan Allah... itu adalah pesanan agung yang sewajarnya disampaikan oleh ibu bapa kepada anak masing-masing. Syahadah adalah asas dalam kehidupan. Oleh itu, sedari awal lagi anak-anak perlu didengarkan tentang keTauhidan Allah ini. Biar mereka tahu bahawa hanya Allah Tuhan yang layak disembah dan tiada Tuhan selain Allah. Lalu, bagaimanakah agaknya kita boleh mengajar anak-anak kita akan faham perkara ini? Tidak dinafikan, ramai ibubapa yang keliru untuk mengajar anak tentang prinsip ketuhanan. Telah dinyatakan dalam surah Luqman ayat 13 :  لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ janganlah kamu mempersekutukan Allah Langkah pertama adalah ibu bapa haruslah kerap membaca dan mengulang ayat ini sehingga hafal. Selain menghafal ayat ini hendaklah difahami maksudnya sekali. Kemudian cipta beberapa aktiviti agar anak faham sebagai pengukuhan. Sebagai contoh setiap kali melalui kuil atau gereja bacakan ayat ini kepada anak sebagai tanda hati kita menolak bahawa tiada Tuhan selain A...

Satu Minggu, Satu Potongan Ayat Al-Quran

Terdapat banyak modul dan pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak ada pada masa kini. Maka, tidak kira siapa pun kita, sama ada seorang pegawai, doktor, guru atau apa sahaja peranan kita dalam masyarakat, kita pasti akan tercari-cari pendekatan terbaik untuk melahirkan insan soleh dari zuriat keturunan kita. Dalam pencarian itu, janganlah sampai kita terlepas pandang panduan yang datang dari Allah melalui kitabNya. Jom, usah lengah lagi, mari kita mulakan hari ini juga, satu minggu, satu potongan ayat al-Quran. Kitatidak hanya didik anak, tetapi yang paling penting adalah didik diri kita sendiri. Mulakan dengan ayat la tushrik billah, wahai anakku jangan sekutukan Allah. Ulang pesanan ini kepada mereka sekerap yang boleh. Ini adalah ajaran tauhid yang menjadi tunjang dan syarat utama semua ibadah lain diterima. Dari ayat ini, pasti akan terbuka banyak ruang perbualan antara kita dan anak. Maka, pastikan kita sebagai ibubapa sudah bersedia dengan ilmu agar penerangan yang dibe...

Pesanan Luqmanul Hakim Buat Anaknya

Luqmanul Hakim adalah insan yang diberi hikmah kebijaksanaan seperti yang difirmankan oleh ALLAH seperti berikut : وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ... Maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan..” (Surah Luqman: 12) Malah ALLAH telah merakamkan nasihatnya kepada anaknya dalam surah Luqman. Ini bermakna. kita sebagai ibubapa kini dengan mudah mendapatkan manual keibubapaan daripada surah ini. Kebetulan, saya telah hadir ke satu majlis pengisian ilmu berkenaan surah ini. Di dalam pengisian itu, ustaz Hafiz menerangkan ada 4 perkara ditekankan dalam surah ini. Akidah يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Surah Luqman : 13 Dengan kalimah ini, selalulah bisikkan ayat ini pada telinga anak. Terangkan tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadah kepadaNya Ibadah  يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ Hai anakku, dirikanlah shalat surah Luqman  : 17 Ajarkan a...

Bila Anak Buat Perangai

Memang sudah jadi lumrah, ada saja yang dibuat anak akan buat kita si ibubapa ini mahu marah. Jadi, biasanya, apakah ucapan yang selalu keluar dari mulut anda? Cubalah, jika tidak mampu untuk bercakap yang baik-baik, maklum sahaja kita sedang marah, lebih baik diam. Diam ketika marah itukan sunnah? Kemudian berdoalah kepada Allah. Hairan pula, bagaimana mahu berdoa dalam keadaan sedang marah?

Ibu, Walk The Talk

Sekiranya kita mahu anak fokus berdoa, kitalah yang terlebih dahulu fokus ketika mahu berdoa. Saya beri contoh mudah, ketika masuk ke dalam kereta, saya akan menyuruh Uwais membaca doa sedangkan saya akan buka kunci kereta, pasang penghawa dingin, membetulkan cermin kereta dan lain-lain. Di situ saja sudah nampak ibu sendiri tidak buat apa yang ibu cakap. Hal ini nampak simple tapi ia akan memberi implikasi yang besar kepada anak. Bukankah kita sedang mengajar anak meminta dari Allah, jadi adabnya bagaimana? Jadi, mulai sekarang, kita buat pusingan semula, masuk kereta dan kemudian bersama dengan anak-anak duduk diam dan berdoa. Kita tumpu betul-betul semoga Allah jaga kita disepanjang perjalanan kita itu. Fokus adalah tanda kita benar-benar serius sedang meminta pada Allah. mengapa anak tak fokus semasa berdoa? sebab parent tak fokus !contoh:bila masuk kereta saya suruh uwais baca doa sambil saya start kereta,pasang air cond.betulkan cermin kereta dll.....contoh terbaik ibu...

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?

Suatu malam, anak saya bernama Uwais yang ketika itu berumur 3 tahun bertanya, "Allah itu lelaki atau perempuan, ibu?" Kebetulan pada waktu itu, semua anak yang lain mendengar juga. Lalu, soalan itu saya beri kepada Bang Long untuk menjawab. Elok juga beri kepada anak muda menjawab, biar abang dan adik sama-sama belajar sesuatu disitu. Jawapan kepada soalan Uwais ini ada dalam surah al-Ikhlas. Surah yang pendek malah senang pula dihafal oleh anak kecil. Allah Maha Esa  Allah tempat meminta Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan Tiada yang sama dengan Allah Terangkan kepada anak pengisian dari surah al-Ikhlas ini dengan menerangkan sifat-sifat Allah dengan menyebut satu persatu terjemahan ayat al-Ikhlas. Selepas itu, kita boleh adakan sedikit aktiviti dengan anak kecil ini dengan satu eksperimen untuk menyampaikan Allah tidak dapat dilihat tetapi kasih Allah dapat dirasa. Aktivitinya adalah dengan menyuruh anak ini duduk dibawah kipas dan biar dia rasa kese...

Katakan Pada Manusia Kata-Kata Yang Baik

Kita boleh memperkenalkan Allah kepada anak-anak seawal yang boleh. Tidak perlu pun tunggu anak boleh bercakap baru mahu ajar mereka. Ketika itu sebenarnya mereka telah mula belajar melalui pendengaran mereka.  Itulah yang terjadi kepada saya. Saya mula mengajarkan ayat ini kepada anak ketika dia telah pun berusia 1 tahun. Jika diikutkan, umur itu telah terlambat pun tapi tak apa, kita sekadar mencuba.  Qolallahu Taala : وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا Serta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik Al-Baqarah : 83 Saya cuba dengarkan ayat ini kepadanya setiap hari. Kerapkali saya ulang dan ulang dan saya juga terangkan maksudnya sehingga pada satu masa ketika dia berumur 2 tahun, saya marah anak saya itu kerana dia telah menyepahkan dapur setelah saya selesai kemas.  Tak disangka, dia bersuara, "Ibu,  وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا, s erta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik". Cubalah anda bayangkan, anak dua tahun membacakan ayat i...

Berdamai Itu Baik

Anak-anak bergaduh sesama sendiri itu biasa. Namun, ibubapa yang tahu untuk meleraikannya adalah luar biasa. Semua ibubapa mahu cara yang sangat praktikal untuk menyelesaikan masalah ini bukan? Begini, hafalkan ayat ini : وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ Perdamaian itu lebih baik An-Nisaa : 128 Permulaannya, ajarkan mereka dengan ayat ini. Ayat ini pendek dan mudah hafal. Seperti biasa, hafalkan ayat dan maknanya sekali. Ajarkan mereka ayat ini secara santai. Kelak, bila mereka bergaduh, ingatkan mereka dengan ayat ini. Disebabkan ayat ini adalah ayat al-Quran, maka mulakan dengan Qolallahu Taala, yang bermakna "Allah berkata". Sekiranya kita telah tanamkan asas yang kukuh kepada anak, maka tatkala disebut Allah berkata, maka insya ALLAH dia akan segera patuh. Seperti apa yang pernah terjadi, saya mengajarkan ayat ini kepada Hadif dan Umar. Apabila mereka bergaduh, saya mengingatkan mereka dengan ayat ini. Pantas sahaja Umar berkata, "Umar minta maaf, Allah kata berda...

Ibu, Jangan Diam!

Teknik SASU adalah pendekatan yang memerlukan komunikasi antara ibubapa dan anak dan yang paling penting adalah ibunyalah kerana ibulah yang lebih banyak bercakap dengan anak dan bicara ibu sangat bermakna untuk membentuk karektor anak diawal usia. Sebagaimana sabda Nabi SAW : وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ “Kata-kata yang baik adalah sedekah.” (HR. Al-Bukhari no. 2707 dan Muslim no. 2332) Usah lagi dipandang kisah silam, walau kisah itu berlalu semalam. Jika semalam ada kita berkata yang tidak-tidak kepada anak, hari ini adalah permulaan yang baru untuk berkata yang baik-baik sahaja kerana kita sudah tahu bahawa kata-kata yang baik juga adalah sedekah.  Disini, diberikan contoh paling mudah untuk bermula. Situasinya terlihat anak yang minum dengan tangan kiri. Terkadang, kita tahu benda itu salah, jadi kita mahu menegur anak. Sayangnya, cara kita menegur pula yang salah.  "Kenapa minum dengan tangan kiri tu? Macam syaitan!" Terfikirkah kita apa ag...

Self Affirmation Sebelum Tidur

Mahu ajar anak menjadi hamba, biarlah dari dia celik mata dipagi hari membawa kepada lena kembali, dia akan rasa bertuhan.  Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak sebelum tidur. Ada yang bercerita, ada yang mengaji surah bersama atau apa saja.  Namun disini, saya ingin mengajak para ibubapa cuba melazimi ini bersama anak.  Sebelum dia tidur, bimbing anak untuk berkata, "Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menolongku". Beritahu dia bahawa sesungguhnya Allah selalu bersama kita, tidak ada satu pun perbuatan kita yang terlepas dari pandangan Allah dan jika kita dalam kesusahan, hanya Allah sahajalah yang akan beri bantuan.  Biar mind set ini ada dalam minda anak kita. Ia adalah self affirmation yang sangat memberi makna kepada anak kita. Ia mengalahkan self affirmation yang tidak berlandaskan aqidah. Ini adalah kerana, aqidah adalah paling utama dalam setiap keadaan.  Pernahkah melihat video seorang anak kecil yang berumur tiga tahun, nam...