Berdamai Itu Baik


Anak-anak bergaduh sesama sendiri itu biasa. Namun, ibubapa yang tahu untuk meleraikannya adalah luar biasa. Semua ibubapa mahu cara yang sangat praktikal untuk menyelesaikan masalah ini bukan?

Begini, hafalkan ayat ini :

وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ

Perdamaian itu lebih baik

An-Nisaa : 128

Permulaannya, ajarkan mereka dengan ayat ini. Ayat ini pendek dan mudah hafal. Seperti biasa, hafalkan ayat dan maknanya sekali. Ajarkan mereka ayat ini secara santai.

Kelak, bila mereka bergaduh, ingatkan mereka dengan ayat ini. Disebabkan ayat ini adalah ayat al-Quran, maka mulakan dengan Qolallahu Taala, yang bermakna "Allah berkata". Sekiranya kita telah tanamkan asas yang kukuh kepada anak, maka tatkala disebut Allah berkata, maka insya ALLAH dia akan segera patuh.

Seperti apa yang pernah terjadi, saya mengajarkan ayat ini kepada Hadif dan Umar. Apabila mereka bergaduh, saya mengingatkan mereka dengan ayat ini. Pantas sahaja Umar berkata, "Umar minta maaf, Allah kata berdamai itu baik". Alhamdulillah, matlamat tercapai apabila anak boleh mengeluarkan ayat al-Quran atau maknanya begitu.





semalam saya ajar murid potongan ayat al quran surah An Nisaa;128 'Dan berdamai itu baik'.masa mengajar Hadif dan Umar tiba-tiba bergaduh.Saya panggil keduanya dan terangkan sampaikan ayat diatas cara santai...TIBA-TIBA kata Umar ,'Umar minta maaf ,Allah kata berdamai itu baik' .Alhamdulillah matlamat tercapai.saya sampaikan ayat Al quran cara santai...cerita ada situasi dan aktiviti so far so good .Alhamdulillah dan tqvm to TEAM RUMAH QURANI BANDUNG

Comments

Popular posts from this blog

Self Affirmation Sebelum Tidur

Solat Tepat Pada Waktunya

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?