Self Affirmation Sebelum Tidur
Mahu ajar anak menjadi hamba, biarlah dari dia celik mata dipagi hari membawa kepada lena kembali, dia akan rasa bertuhan.
Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak sebelum tidur. Ada yang bercerita, ada yang mengaji surah bersama atau apa saja. Namun disini, saya ingin mengajak para ibubapa cuba melazimi ini bersama anak.
Sebelum dia tidur, bimbing anak untuk berkata, "Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menolongku". Beritahu dia bahawa sesungguhnya Allah selalu bersama kita, tidak ada satu pun perbuatan kita yang terlepas dari pandangan Allah dan jika kita dalam kesusahan, hanya Allah sahajalah yang akan beri bantuan.
Biar mind set ini ada dalam minda anak kita. Ia adalah self affirmation yang sangat memberi makna kepada anak kita. Ia mengalahkan self affirmation yang tidak berlandaskan aqidah. Ini adalah kerana, aqidah adalah paling utama dalam setiap keadaan.
Pernahkah melihat video seorang anak kecil yang berumur tiga tahun, namanya Ayaan yang videonya viral di media sosial kerana self affirmation yang diajarkan ibunya kepadanya. Boleh lihat dilink berikut :
https://web.facebook.com/shashanktyagi.powerbeing/videos/2455707467848824/
Ayat yang diulang adalah : "I'm smart. I'm blessed, I can do anything!"
Nah, sekarang, ajarkan anak kita seperti itu cuma tukarkannya kepada, "Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menolongku"
Subhanallah, moga ia akan menambahkan keimanan dan kasih sayang anak kita kepada ALLAH.

Comments
Post a Comment