Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?

Suatu malam, anak saya bernama Uwais yang ketika itu berumur 3 tahun bertanya, "Allah itu lelaki atau perempuan, ibu?"

Kebetulan pada waktu itu, semua anak yang lain mendengar juga. Lalu, soalan itu saya beri kepada Bang Long untuk menjawab. Elok juga beri kepada anak muda menjawab, biar abang dan adik sama-sama belajar sesuatu disitu.

Jawapan kepada soalan Uwais ini ada dalam surah al-Ikhlas. Surah yang pendek malah senang pula dihafal oleh anak kecil.


  • Allah Maha Esa 
  • Allah tempat meminta
  • Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan
  • Tiada yang sama dengan Allah

Terangkan kepada anak pengisian dari surah al-Ikhlas ini dengan menerangkan sifat-sifat Allah dengan menyebut satu persatu terjemahan ayat al-Ikhlas. Selepas itu, kita boleh adakan sedikit aktiviti dengan anak kecil ini dengan satu eksperimen untuk menyampaikan Allah tidak dapat dilihat tetapi kasih Allah dapat dirasa.

Aktivitinya adalah dengan menyuruh anak ini duduk dibawah kipas dan biar dia rasa kesejukan angin. Tapi, bila dicari angin itu dimana, tak kelihatan pula. Jadi, biar anak berfikir. KBAT seperti ini lebih bagus untuk dipelajari. Ini adalah kesempatan paling bermakna untuk kita memperkenalkan Allah kepada anak kita kerana saat anak bertanya itulah adalah saat dia benar-benar mahu tahu.

Kita juga boleh selitkan ayat 13 dari surah Luqman ini :

يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّ

Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah

Bila dibacakan begitu, mungkin anak akan mula bertanya, "Sekutu itu apa pula ibu?". Secara tak langsung, perbendaharaan kata anak juga akan semakin berkembang dan anak pula pasti rasa sangat dihargai kerana soalannya diraikan.

Awas ya ibubapa, jangan sesekali cuba cantas minat anak untuk mengenali Allah dengan alasan tidak tahu menjawab. Maklumat kini berada dihujung jari, namun pastikan paling utama al-Quran juga yang menjadi rujukan kita ya.






malam tadi anak saya uwais (3+) menyoal "Allah tu lelaki ke perempuan" semua anak-anak yg lain mendengar ,saya pas soalan tu kat bang long.saja nak tengok org muda menjawab.Alhamdulillah bang long berusaha menjawab sedangkan dia boleh untuk mengubah tajuk perbualan.bang long perkenalkan Allah dengan menyuruh Uwais duduk bawah kipas lepas tu relatekan angin dan sejuk..percayalah,untuk memperkenalkan Allah kita kena banyak buat experiment dan tunjukkan bukti kat anak.kata Rasulullah belajar melalui alam.....firman Allah BACALAH......ibu-ibu banyakkan membaca kita kan sekolah pertama untuk anak-anak



Siti Norlaila shared a memory.
Jawapan pada soalan Uwais ada dalam surah Al Ikhlas.
-Allah Maha Esa
-Allah tempat meminta
-Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan
-Tiada yang sama dengan Allah.
Terangkan pada anak srh Al Ikhlas menerangkan sifat2 Allah.sebut satu persatu terjemahan ayat Al Ikhlas.
Experiment yg Bang Long buat ialah nak menyampaikan Allah tidak dapat dilihat tapi kasih Allah boleh dirasa.Terasa angin dan sejuk.Tapi mana angin tu?Biar anak berfikir.Kita sdg membina KBAT kan.
AWAS ibubapa jgn sesekali cuba cantas minat anak utk mengenali Allah dgn alasan x tahu nak jawab (maafkan saya).Inilah kesempatan kita untuk memperkenalkan Allah sebab anak bertanya tanda ingin tahu.
Kukuhkan lg kenyataan mengenai Allah.
Kaitkan dgn ayt 13 Srh Luqman .
"Wahai anakku janganlah engkau menyegutukan Allah".
Pasti anak akan bertanya .Sekutu tu apa ibu?
Dengan cara ini vocab anak semakin berkembang dan anak rasa dihargai kerana soalanya diraikan.

Comments

Popular posts from this blog

Self Affirmation Sebelum Tidur

Solat Tepat Pada Waktunya