Ibu, Jangan Diam!
Teknik SASU adalah pendekatan yang memerlukan komunikasi antara ibubapa dan anak dan yang paling penting adalah ibunyalah kerana ibulah yang lebih banyak bercakap dengan anak dan bicara ibu sangat bermakna untuk membentuk karektor anak diawal usia.
Sebagaimana sabda Nabi SAW :
Sebagai ibubapa, kita hanya perlu menunjukkan cara yang betul sahaja. Lagi pula, Rasulullah dahulu tidak pula bertanya mengapa sesuatu kesalahan itu dilakukan. Jadi, selayaknya kita mengikut sahaja cara Rasulullah.
Sebagaimana sabda Nabi SAW :
وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ
“Kata-kata yang baik adalah sedekah.” (HR. Al-Bukhari no. 2707 dan Muslim no. 2332)
Usah lagi dipandang kisah silam, walau kisah itu berlalu semalam. Jika semalam ada kita berkata yang tidak-tidak kepada anak, hari ini adalah permulaan yang baru untuk berkata yang baik-baik sahaja kerana kita sudah tahu bahawa kata-kata yang baik juga adalah sedekah.
Disini, diberikan contoh paling mudah untuk bermula. Situasinya terlihat anak yang minum dengan tangan kiri. Terkadang, kita tahu benda itu salah, jadi kita mahu menegur anak. Sayangnya, cara kita menegur pula yang salah.
"Kenapa minum dengan tangan kiri tu? Macam syaitan!"
Terfikirkah kita apa agaknya rasa anak yang mendengar teguran keras seperti itu? Adakah jawapan bagi soalan kita itu? Bagaimana pula rasa jika kita yang ditegur begitu?
Soalan seperti itu sebenarnya sangat tidak perlu. Anak biasanya tahu itu salah, namun kadangkala mereka akan terlupa juga. Soalan itu hanya menambah rasa tidak seronok untuk mendengar nasihat dari kita. Bukankah rugi jika begitu?
Soalan seperti itu sebenarnya sangat tidak perlu. Anak biasanya tahu itu salah, namun kadangkala mereka akan terlupa juga. Soalan itu hanya menambah rasa tidak seronok untuk mendengar nasihat dari kita. Bukankah rugi jika begitu?
Sebagai ibubapa, kita hanya perlu menunjukkan cara yang betul sahaja. Lagi pula, Rasulullah dahulu tidak pula bertanya mengapa sesuatu kesalahan itu dilakukan. Jadi, selayaknya kita mengikut sahaja cara Rasulullah.
Cuba mulakan begini, "Abang, minum guna tangan kanan ya. Syaitan biasanya minum dengan tangan kiri, kita kan tak mahu ikut syaitan?"
Naluri sesiapa pun, apatah lagi anak kecil, pasti benci dengan syaitan. Ayat mudah begitu, jika dituturkan dengan lembut akan memberi kesan psikologi yang lebih mendalam kepada anak.
Hafalkan ayat ini :
وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan
Al-Baqarah : 168
Lebih baik lagi jika kita sudahpun bersedia menghafal keratan ayat ini. Bukan hanya untuk mengingatkan anak-anak kita, tapi untuk ingatan kepada diri kita juga.
FB :
semalam saya ajar murid potongan ayat al quran surah An Nisaa;128 'Dan berdamai itu baik'.masa mengajar Hadif dan Umar tiba-tiba bergaduh.Saya panggil keduanya dan terangkan sampaikan ayat diatas cara santai...TIBA-TIBA kata Umar ,'Umar minta maaf ,Allah kata berdamai itu baik' .Alhamdulillah matlamat tercapai.saya sampaikan ayat Al quran cara santai...cerita ada situasi dan aktiviti so far so good .Alhamdulillah dan tqvm to TEAM RUMAH QURANI BANDUNG

Comments
Post a Comment