Pesanan Luqmanul Hakim Buat Anaknya


Luqmanul Hakim adalah insan yang diberi hikmah kebijaksanaan seperti yang difirmankan oleh ALLAH seperti berikut :

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ...
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan..”
(Surah Luqman: 12)

Malah ALLAH telah merakamkan nasihatnya kepada anaknya dalam surah Luqman. Ini bermakna. kita sebagai ibubapa kini dengan mudah mendapatkan manual keibubapaan daripada surah ini.

Kebetulan, saya telah hadir ke satu majlis pengisian ilmu berkenaan surah ini. Di dalam pengisian itu, ustaz Hafiz menerangkan ada 4 perkara ditekankan dalam surah ini.


  1. Akidah
    • يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ

      Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,

      Surah Luqman : 13
    • Dengan kalimah ini, selalulah bisikkan ayat ini pada telinga anak. Terangkan tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadah kepadaNya
  2. Ibadah 
    • يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ
    • Hai anakku, dirikanlah shalat
    • surah Luqman  : 17
    • Ajarkan anak-anak cara solat dengan mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syarak dan cuba sedaya upaya untuk menjaga kesempurnaan ibadah itu. 
  3. Mujahadah
    • وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ

      dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar
    • Surah Luqman : 17
    • Ajarkan dan beri idea kepada anak bagaimana untuk mengajak orang melakukan kebaikan dengan cara yang lembut

  4. Akhlak
    • وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ
    • Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia
    • Surah Luqman : 18
    • Ajarkan anak untuk menjaga adab sopan dan menghilangkan perasaan sombong dalam diri mereka
Pasti dalam surah Luqman ini ada banyak hikmah yang boleh kita pelajari dari Luqmanul Hakim sebagai panduan kita untuk menjadi ibubapa yang baik. Apa yang diajarkan oleh Luqman kepada anaknya pastilah sangat penting untuk kita ambil berat sehinggakan nasihat itu telah diletakkan di dalam al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan kita.



luqmanhakim menasihatkan anaknya 4 perkara;
akidah
ibadah
mujahadah
akhlak
AKIDAH ;'ya bunaya la tushrik billah..dari surah luqman 'Ya anakku jangan mensyirikkan Allah'
IBADAH ;Wahai anakku dirikanlah solat ikut syarak dgn penuh kesempurnaan
MUJAHADAH;Dan serulah kpd ketaatan kpd Allah dan cegahlah kemunkaran wahai anakku
AKHLAK;Jangan kamu palingkan muka kamu dari manusia ketika berbicara.
KESIMPULAN
pertama.lukman tekankan konsep jgn syirikkanALLAH.bisikkan ketelinga anak 'la tushrik billah sekali dgn makna
kedua.lukman ajar ibadat ,tekankan konsep solat
ketiga.menyeru pada kebaikan.fitrah org yg menyeru pd kebaikan melalui kepayahan
keempat,jgn paling muka ketika bicara .,ajar anak adab,jgn sombong.kerana kita khalifah Allah.
hikmahnya luqman....kembangkanlah 4 perkara itu pd anak-anak kita
ulasan dari kuliah us hafiz tmn purba.moga manfaat utk semua

Comments

Popular posts from this blog

Self Affirmation Sebelum Tidur

Solat Tepat Pada Waktunya

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?