Ibu, Walk The Talk

Sekiranya kita mahu anak fokus berdoa, kitalah yang terlebih dahulu fokus ketika mahu berdoa. Saya beri contoh mudah, ketika masuk ke dalam kereta, saya akan menyuruh Uwais membaca doa sedangkan saya akan buka kunci kereta, pasang penghawa dingin, membetulkan cermin kereta dan lain-lain.

Di situ saja sudah nampak ibu sendiri tidak buat apa yang ibu cakap. Hal ini nampak simple tapi ia akan memberi implikasi yang besar kepada anak. Bukankah kita sedang mengajar anak meminta dari Allah, jadi adabnya bagaimana?

Jadi, mulai sekarang, kita buat pusingan semula, masuk kereta dan kemudian bersama dengan anak-anak duduk diam dan berdoa. Kita tumpu betul-betul semoga Allah jaga kita disepanjang perjalanan kita itu. Fokus adalah tanda kita benar-benar serius sedang meminta pada Allah.




mengapa anak tak fokus semasa berdoa? sebab parent tak fokus !contoh:bila masuk kereta saya suruh uwais baca doa sambil saya start kereta,pasang air cond.betulkan cermin kereta dll.....contoh terbaik ibu"tak walk the talk".AWAS nampak simple tapi implikasi besar,kan kita sedang mengajar anak meminta pada ALLAH.mulai sekarang cuba buat u turn 360 darjah.masuk kereta pemandu dan penumpang diam dan tadah tangan berdoa....FOKUS.formulanya .FOKUS & BACA (kuat agar anak dengar) .FOKUS tanda kita serius kita sedang meminta pada allah.JOM BUAT

Comments

Popular posts from this blog

Self Affirmation Sebelum Tidur

Solat Tepat Pada Waktunya

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?