Didik Diri Dan Anak Tidak Sombong Dengan Ilmu

Dalam mendidik anak, terkadang kita tidak terlepas dari perasaan bangga bila melihat kemajuan anak apatah lagi, anak kita nampak lebih mahir berbanding rakannya yang lain. Malah, anak juga pasti akan merasa diri mereka lebih dari yang lain.

Bagi mengingatkan diri sendiri dan anak-anak, kita perlu selalu merujuk kepada ayat 7-8 dari surah al-Zalzalah :

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Jangan pula sampai kita menjadi seperti Firaun yang kata-kata bongkaknya dirakamkan dalam al-Quran surah An-Nazi'at ayat 24

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ
(Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi"

Kesombongannya telah menyebabkan dia merasa dirinya adalah tuhan.

Tidak mahu juga sampai kita menjadi seperti Qarun yang kesombongannya dirakam dalam surah al-Qasas ayat 78 :

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِنْدِي ۚ
Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku"

Kesombongan Qarun telah menyebabkan dirinya tertimbus dalam tanah kerana mendapat balasan dari Allah.

Pada waktu inilah sesuai untuk kita ceritakan kepada anak-anak betapa hebatnya empayar Nabi Sulaiman. Meskipun Nabi Sulaiman mendapat sekian banyaknya kehebatan yang ada di muka bumi namun tetap baginda berkata dalam surah an-Naml ayat 40 :

قَالَ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي

Dapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku

Ajak anak-anak untuk menghafal ayat ini dan ajar mereka sekiranya ada yang memberi pujian kepada mereka, ajarkan mereka ucapkan ayat ini. Malah, sekiranya tidak ada pun yang memuji namun terasa diri bangga dengan apa juga perbuatan atau pencapaian maka ucapkanlah bahawa semua itu adalah ilham dari Tuhan.

Seperti doa Nabi Sulaiman dalam ayat di bawah yang meminta supaya kekal mendapat ilham untuk mensyukuri apa jua pemberian Allah kepadanya.

وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".

Surah An-Naml : 19

Begitu juga dengan selalu mengingatkan diri dengan ayat :

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

Kerana begitulah sifat hamba yang sedar hakikat diri sekiranya tiada ilham atau kekuatan yang diberi oleh Allah, maka tiada apa pun yang dapat kita lakukan di dunia ini. Banyakkanlah bersyukur dengan sering melafazkan ucapan alhamdulillah. 

Comments

Popular posts from this blog

Self Affirmation Sebelum Tidur

Solat Tepat Pada Waktunya

Jom Selawat Bersama