Katakan Pada Manusia Kata-Kata Yang Baik
Kita boleh memperkenalkan Allah kepada anak-anak seawal yang boleh. Tidak perlu pun tunggu anak boleh bercakap baru mahu ajar mereka. Ketika itu sebenarnya mereka telah mula belajar melalui pendengaran mereka.
Itulah yang terjadi kepada saya. Saya mula mengajarkan ayat ini kepada anak ketika dia telah pun berusia 1 tahun. Jika diikutkan, umur itu telah terlambat pun tapi tak apa, kita sekadar mencuba.
Qolallahu Taala :
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Serta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik
Al-Baqarah : 83
Serta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik
Al-Baqarah : 83
Saya cuba dengarkan ayat ini kepadanya setiap hari. Kerapkali saya ulang dan ulang dan saya juga terangkan maksudnya sehingga pada satu masa ketika dia berumur 2 tahun, saya marah anak saya itu kerana dia telah menyepahkan dapur setelah saya selesai kemas.
Tak disangka, dia bersuara, "Ibu, وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا, serta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik". Cubalah anda bayangkan, anak dua tahun membacakan ayat ini, siap dengan maknanya sekali. Maka tegurannya itu menusuk betul ke dalam hati. Barulah ketika itu saya menyedari bahawa saya sendiri tidak walk the talk.
Jadi, ayuhlah kita bersama mengajarkan anak-anak kita potongan ayat al-Quran agar anak merasa al-Quran sangat berkait dengan kehidupan. Tidaklah nanti mereka hanya sekadar menghafal dan berlumba khatam tapi tidak hubungkannya dengan kehidupan.
awal agama mengenal allah.kenalkan Allah pada anak seawal yang boleh,jangan tunggu anak boleh bercakap baru nak ajar.anak belajar dari pendengaran.kita x ajar anak bercakap tapi macam mana dia boleh bercakap...dia mendengar.saya mula mengajar potongan ayat Alquran pada anak sewaktu usianya 1+(saya pun lambat)ayat pertama surah al baqarah ayat 83 'Katakan pada manusia kata-kata yang baik'.saya hanya dengarkan pada anak setiap hari,saya ulang ,ulang. dan terangkan maksudnya.ingga dia berumur 2 yrs ketika saya meninggikan suara kerana dia menurunkan dan menyepahkan dapur yang dah kemas .katanya 'Ibu wa qulu linaasi husna,katakan pada manusia kata-kata yang baik'.anak 2 yrs siap terjemah lagi....ini moment paling indah sbg ibu,walaupun terkena sebijik...ibu x walk the talk...ibu-ibu lain jom ajar anak potongan ayat Al quran agar anak merasa Alquran berkait dengan kehidupan bukan sekadar hafal dan berlumba khatam tapi x relate dgn kehidupam
Comments
Post a Comment