Satu Minggu, Satu Potongan Ayat Al-Quran

Terdapat banyak modul dan pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak ada pada masa kini. Maka, tidak kira siapa pun kita, sama ada seorang pegawai, doktor, guru atau apa sahaja peranan kita dalam masyarakat, kita pasti akan tercari-cari pendekatan terbaik untuk melahirkan insan soleh dari zuriat keturunan kita. Dalam pencarian itu, janganlah sampai kita terlepas pandang panduan yang datang dari Allah melalui kitabNya.

Jom, usah lengah lagi, mari kita mulakan hari ini juga, satu minggu, satu potongan ayat al-Quran. Kitatidak hanya didik anak, tetapi yang paling penting adalah didik diri kita sendiri. Mulakan dengan ayat la tushrik billah, wahai anakku jangan sekutukan Allah. Ulang pesanan ini kepada mereka sekerap yang boleh. Ini adalah ajaran tauhid yang menjadi tunjang dan syarat utama semua ibadah lain diterima. Dari ayat ini, pasti akan terbuka banyak ruang perbualan antara kita dan anak.

Maka, pastikan kita sebagai ibubapa sudah bersedia dengan ilmu agar penerangan yang diberikan dengan baik kepada mereka kelak. Secara tidak langsung, perkembangan bahasa mereka juga akan meningkat seiring dengan peneguhan tauhid sebagai pegangan utama sehingga kita kembali semula kepada Allah kelak.

Di dalam buku ini, setiap tajuk akan diberikan ayat pendek yang kita mudah hafal dan mudah sebut dengan anak. Adalah lebih baik jika sambil sebut ayat itu, kita gayakannya sekali dan ini ada kami kongsikan dalam model SASU kami dalam program-program kami.

Gaya memang tidak wajib, namun andai dengan gaya anak lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu ayat, mengapa tidak bukan?




berbagai-bagai cara,pendekatan ,modul di gunakan dalam mendidik seorang anak.Dari menteri,pegawai,guru.semua mencari-cari kaedah terbaik yang boleh diguna pakai untuk melahirkan ....insan soleh.Dalam pencarian kadangkala kita terlepas pandang pada apa yang ALLAH turunkan.....AL QURAN. JOM MULAKAN HARI INI ..........SATU MINGGU SATU POTONGAN AYAT AL QURAN<AJARKAN PADA ANAK.ANAK DAPAT IBUPUN DAPAT. Katakan pada anak "Ya bunayya laa tushrik billah" wahai anakku jgn sekutukan ALLAH.ulang sekerap yg boleh dlm satu hari.dari ayat ini akan membuka ruang perbualan antara ibu dan anak.Pastikan ibu dah prepare dgn ilmu agar penerangan dpt diberi pd anak.perkembangan bahasa anak akan meningkat ...yg penting pengisian tauhid.insyallah

Comments

Popular posts from this blog

Self Affirmation Sebelum Tidur

Solat Tepat Pada Waktunya

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?