Posts

Showing posts from November, 2019

Satu Minggu, Satu Potongan Ayat Al-Quran

Terdapat banyak modul dan pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak ada pada masa kini. Maka, tidak kira siapa pun kita, sama ada seorang pegawai, doktor, guru atau apa sahaja peranan kita dalam masyarakat, kita pasti akan tercari-cari pendekatan terbaik untuk melahirkan insan soleh dari zuriat keturunan kita. Dalam pencarian itu, janganlah sampai kita terlepas pandang panduan yang datang dari Allah melalui kitabNya. Jom, usah lengah lagi, mari kita mulakan hari ini juga, satu minggu, satu potongan ayat al-Quran. Kitatidak hanya didik anak, tetapi yang paling penting adalah didik diri kita sendiri. Mulakan dengan ayat la tushrik billah, wahai anakku jangan sekutukan Allah. Ulang pesanan ini kepada mereka sekerap yang boleh. Ini adalah ajaran tauhid yang menjadi tunjang dan syarat utama semua ibadah lain diterima. Dari ayat ini, pasti akan terbuka banyak ruang perbualan antara kita dan anak. Maka, pastikan kita sebagai ibubapa sudah bersedia dengan ilmu agar penerangan yang dibe...

Pesanan Luqmanul Hakim Buat Anaknya

Luqmanul Hakim adalah insan yang diberi hikmah kebijaksanaan seperti yang difirmankan oleh ALLAH seperti berikut : وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ... Maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan..” (Surah Luqman: 12) Malah ALLAH telah merakamkan nasihatnya kepada anaknya dalam surah Luqman. Ini bermakna. kita sebagai ibubapa kini dengan mudah mendapatkan manual keibubapaan daripada surah ini. Kebetulan, saya telah hadir ke satu majlis pengisian ilmu berkenaan surah ini. Di dalam pengisian itu, ustaz Hafiz menerangkan ada 4 perkara ditekankan dalam surah ini. Akidah يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Surah Luqman : 13 Dengan kalimah ini, selalulah bisikkan ayat ini pada telinga anak. Terangkan tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadah kepadaNya Ibadah  يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ Hai anakku, dirikanlah shalat surah Luqman  : 17 Ajarkan a...

Bila Anak Buat Perangai

Memang sudah jadi lumrah, ada saja yang dibuat anak akan buat kita si ibubapa ini mahu marah. Jadi, biasanya, apakah ucapan yang selalu keluar dari mulut anda? Cubalah, jika tidak mampu untuk bercakap yang baik-baik, maklum sahaja kita sedang marah, lebih baik diam. Diam ketika marah itukan sunnah? Kemudian berdoalah kepada Allah. Hairan pula, bagaimana mahu berdoa dalam keadaan sedang marah?

Ibu, Walk The Talk

Sekiranya kita mahu anak fokus berdoa, kitalah yang terlebih dahulu fokus ketika mahu berdoa. Saya beri contoh mudah, ketika masuk ke dalam kereta, saya akan menyuruh Uwais membaca doa sedangkan saya akan buka kunci kereta, pasang penghawa dingin, membetulkan cermin kereta dan lain-lain. Di situ saja sudah nampak ibu sendiri tidak buat apa yang ibu cakap. Hal ini nampak simple tapi ia akan memberi implikasi yang besar kepada anak. Bukankah kita sedang mengajar anak meminta dari Allah, jadi adabnya bagaimana? Jadi, mulai sekarang, kita buat pusingan semula, masuk kereta dan kemudian bersama dengan anak-anak duduk diam dan berdoa. Kita tumpu betul-betul semoga Allah jaga kita disepanjang perjalanan kita itu. Fokus adalah tanda kita benar-benar serius sedang meminta pada Allah. mengapa anak tak fokus semasa berdoa? sebab parent tak fokus !contoh:bila masuk kereta saya suruh uwais baca doa sambil saya start kereta,pasang air cond.betulkan cermin kereta dll.....contoh terbaik ibu...

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?

Suatu malam, anak saya bernama Uwais yang ketika itu berumur 3 tahun bertanya, "Allah itu lelaki atau perempuan, ibu?" Kebetulan pada waktu itu, semua anak yang lain mendengar juga. Lalu, soalan itu saya beri kepada Bang Long untuk menjawab. Elok juga beri kepada anak muda menjawab, biar abang dan adik sama-sama belajar sesuatu disitu. Jawapan kepada soalan Uwais ini ada dalam surah al-Ikhlas. Surah yang pendek malah senang pula dihafal oleh anak kecil. Allah Maha Esa  Allah tempat meminta Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan Tiada yang sama dengan Allah Terangkan kepada anak pengisian dari surah al-Ikhlas ini dengan menerangkan sifat-sifat Allah dengan menyebut satu persatu terjemahan ayat al-Ikhlas. Selepas itu, kita boleh adakan sedikit aktiviti dengan anak kecil ini dengan satu eksperimen untuk menyampaikan Allah tidak dapat dilihat tetapi kasih Allah dapat dirasa. Aktivitinya adalah dengan menyuruh anak ini duduk dibawah kipas dan biar dia rasa kese...

Katakan Pada Manusia Kata-Kata Yang Baik

Kita boleh memperkenalkan Allah kepada anak-anak seawal yang boleh. Tidak perlu pun tunggu anak boleh bercakap baru mahu ajar mereka. Ketika itu sebenarnya mereka telah mula belajar melalui pendengaran mereka.  Itulah yang terjadi kepada saya. Saya mula mengajarkan ayat ini kepada anak ketika dia telah pun berusia 1 tahun. Jika diikutkan, umur itu telah terlambat pun tapi tak apa, kita sekadar mencuba.  Qolallahu Taala : وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا Serta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik Al-Baqarah : 83 Saya cuba dengarkan ayat ini kepadanya setiap hari. Kerapkali saya ulang dan ulang dan saya juga terangkan maksudnya sehingga pada satu masa ketika dia berumur 2 tahun, saya marah anak saya itu kerana dia telah menyepahkan dapur setelah saya selesai kemas.  Tak disangka, dia bersuara, "Ibu,  وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا, s erta ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik". Cubalah anda bayangkan, anak dua tahun membacakan ayat i...

Berdamai Itu Baik

Anak-anak bergaduh sesama sendiri itu biasa. Namun, ibubapa yang tahu untuk meleraikannya adalah luar biasa. Semua ibubapa mahu cara yang sangat praktikal untuk menyelesaikan masalah ini bukan? Begini, hafalkan ayat ini : وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ Perdamaian itu lebih baik An-Nisaa : 128 Permulaannya, ajarkan mereka dengan ayat ini. Ayat ini pendek dan mudah hafal. Seperti biasa, hafalkan ayat dan maknanya sekali. Ajarkan mereka ayat ini secara santai. Kelak, bila mereka bergaduh, ingatkan mereka dengan ayat ini. Disebabkan ayat ini adalah ayat al-Quran, maka mulakan dengan Qolallahu Taala, yang bermakna "Allah berkata". Sekiranya kita telah tanamkan asas yang kukuh kepada anak, maka tatkala disebut Allah berkata, maka insya ALLAH dia akan segera patuh. Seperti apa yang pernah terjadi, saya mengajarkan ayat ini kepada Hadif dan Umar. Apabila mereka bergaduh, saya mengingatkan mereka dengan ayat ini. Pantas sahaja Umar berkata, "Umar minta maaf, Allah kata berda...

Ibu, Jangan Diam!

Teknik SASU adalah pendekatan yang memerlukan komunikasi antara ibubapa dan anak dan yang paling penting adalah ibunyalah kerana ibulah yang lebih banyak bercakap dengan anak dan bicara ibu sangat bermakna untuk membentuk karektor anak diawal usia. Sebagaimana sabda Nabi SAW : وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ “Kata-kata yang baik adalah sedekah.” (HR. Al-Bukhari no. 2707 dan Muslim no. 2332) Usah lagi dipandang kisah silam, walau kisah itu berlalu semalam. Jika semalam ada kita berkata yang tidak-tidak kepada anak, hari ini adalah permulaan yang baru untuk berkata yang baik-baik sahaja kerana kita sudah tahu bahawa kata-kata yang baik juga adalah sedekah.  Disini, diberikan contoh paling mudah untuk bermula. Situasinya terlihat anak yang minum dengan tangan kiri. Terkadang, kita tahu benda itu salah, jadi kita mahu menegur anak. Sayangnya, cara kita menegur pula yang salah.  "Kenapa minum dengan tangan kiri tu? Macam syaitan!" Terfikirkah kita apa ag...

Self Affirmation Sebelum Tidur

Mahu ajar anak menjadi hamba, biarlah dari dia celik mata dipagi hari membawa kepada lena kembali, dia akan rasa bertuhan.  Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak sebelum tidur. Ada yang bercerita, ada yang mengaji surah bersama atau apa saja.  Namun disini, saya ingin mengajak para ibubapa cuba melazimi ini bersama anak.  Sebelum dia tidur, bimbing anak untuk berkata, "Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menolongku". Beritahu dia bahawa sesungguhnya Allah selalu bersama kita, tidak ada satu pun perbuatan kita yang terlepas dari pandangan Allah dan jika kita dalam kesusahan, hanya Allah sahajalah yang akan beri bantuan.  Biar mind set ini ada dalam minda anak kita. Ia adalah self affirmation yang sangat memberi makna kepada anak kita. Ia mengalahkan self affirmation yang tidak berlandaskan aqidah. Ini adalah kerana, aqidah adalah paling utama dalam setiap keadaan.  Pernahkah melihat video seorang anak kecil yang berumur tiga tahun, nam...