Posts

Didik Diri Dan Anak Tidak Sombong Dengan Ilmu

Dalam mendidik anak, terkadang kita tidak terlepas dari perasaan bangga bila melihat kemajuan anak apatah lagi, anak kita nampak lebih mahir berbanding rakannya yang lain. Malah, anak juga pasti akan merasa diri mereka lebih dari yang lain. Bagi mengingatkan diri sendiri dan anak-anak, kita perlu selalu merujuk kepada ayat 7-8 dari surah al-Zalzalah : فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. Jangan pula sampai kita menjadi seperti Firaun yang kata-kata bongkaknya dirakamkan dalam al-Quran surah An-Nazi'at ayat 24 فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi" Kesombongannya telah menyebabkan dia merasa dirinya adalah tuhan. Tidak mahu juga sampai kita menjadi sep...

Janganlah Kamu Mempersekutukan Allah

Jangan sekutukan Allah... itu adalah pesanan agung yang sewajarnya disampaikan oleh ibu bapa kepada anak masing-masing. Syahadah adalah asas dalam kehidupan. Oleh itu, sedari awal lagi anak-anak perlu didengarkan tentang keTauhidan Allah ini. Biar mereka tahu bahawa hanya Allah Tuhan yang layak disembah dan tiada Tuhan selain Allah. Lalu, bagaimanakah agaknya kita boleh mengajar anak-anak kita akan faham perkara ini? Tidak dinafikan, ramai ibubapa yang keliru untuk mengajar anak tentang prinsip ketuhanan. Telah dinyatakan dalam surah Luqman ayat 13 :  لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ janganlah kamu mempersekutukan Allah Langkah pertama adalah ibu bapa haruslah kerap membaca dan mengulang ayat ini sehingga hafal. Selain menghafal ayat ini hendaklah difahami maksudnya sekali. Kemudian cipta beberapa aktiviti agar anak faham sebagai pengukuhan. Sebagai contoh setiap kali melalui kuil atau gereja bacakan ayat ini kepada anak sebagai tanda hati kita menolak bahawa tiada Tuhan selain A...

Satu Minggu, Satu Potongan Ayat Al-Quran

Terdapat banyak modul dan pendekatan yang digunakan dalam mendidik anak ada pada masa kini. Maka, tidak kira siapa pun kita, sama ada seorang pegawai, doktor, guru atau apa sahaja peranan kita dalam masyarakat, kita pasti akan tercari-cari pendekatan terbaik untuk melahirkan insan soleh dari zuriat keturunan kita. Dalam pencarian itu, janganlah sampai kita terlepas pandang panduan yang datang dari Allah melalui kitabNya. Jom, usah lengah lagi, mari kita mulakan hari ini juga, satu minggu, satu potongan ayat al-Quran. Kitatidak hanya didik anak, tetapi yang paling penting adalah didik diri kita sendiri. Mulakan dengan ayat la tushrik billah, wahai anakku jangan sekutukan Allah. Ulang pesanan ini kepada mereka sekerap yang boleh. Ini adalah ajaran tauhid yang menjadi tunjang dan syarat utama semua ibadah lain diterima. Dari ayat ini, pasti akan terbuka banyak ruang perbualan antara kita dan anak. Maka, pastikan kita sebagai ibubapa sudah bersedia dengan ilmu agar penerangan yang dibe...

Pesanan Luqmanul Hakim Buat Anaknya

Luqmanul Hakim adalah insan yang diberi hikmah kebijaksanaan seperti yang difirmankan oleh ALLAH seperti berikut : وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ... Maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan..” (Surah Luqman: 12) Malah ALLAH telah merakamkan nasihatnya kepada anaknya dalam surah Luqman. Ini bermakna. kita sebagai ibubapa kini dengan mudah mendapatkan manual keibubapaan daripada surah ini. Kebetulan, saya telah hadir ke satu majlis pengisian ilmu berkenaan surah ini. Di dalam pengisian itu, ustaz Hafiz menerangkan ada 4 perkara ditekankan dalam surah ini. Akidah يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Surah Luqman : 13 Dengan kalimah ini, selalulah bisikkan ayat ini pada telinga anak. Terangkan tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadah kepadaNya Ibadah  يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ Hai anakku, dirikanlah shalat surah Luqman  : 17 Ajarkan a...

Bila Anak Buat Perangai

Memang sudah jadi lumrah, ada saja yang dibuat anak akan buat kita si ibubapa ini mahu marah. Jadi, biasanya, apakah ucapan yang selalu keluar dari mulut anda? Cubalah, jika tidak mampu untuk bercakap yang baik-baik, maklum sahaja kita sedang marah, lebih baik diam. Diam ketika marah itukan sunnah? Kemudian berdoalah kepada Allah. Hairan pula, bagaimana mahu berdoa dalam keadaan sedang marah?

Ibu, Walk The Talk

Sekiranya kita mahu anak fokus berdoa, kitalah yang terlebih dahulu fokus ketika mahu berdoa. Saya beri contoh mudah, ketika masuk ke dalam kereta, saya akan menyuruh Uwais membaca doa sedangkan saya akan buka kunci kereta, pasang penghawa dingin, membetulkan cermin kereta dan lain-lain. Di situ saja sudah nampak ibu sendiri tidak buat apa yang ibu cakap. Hal ini nampak simple tapi ia akan memberi implikasi yang besar kepada anak. Bukankah kita sedang mengajar anak meminta dari Allah, jadi adabnya bagaimana? Jadi, mulai sekarang, kita buat pusingan semula, masuk kereta dan kemudian bersama dengan anak-anak duduk diam dan berdoa. Kita tumpu betul-betul semoga Allah jaga kita disepanjang perjalanan kita itu. Fokus adalah tanda kita benar-benar serius sedang meminta pada Allah. mengapa anak tak fokus semasa berdoa? sebab parent tak fokus !contoh:bila masuk kereta saya suruh uwais baca doa sambil saya start kereta,pasang air cond.betulkan cermin kereta dll.....contoh terbaik ibu...

Allah Itu Lelaki Atau Perempuan?

Suatu malam, anak saya bernama Uwais yang ketika itu berumur 3 tahun bertanya, "Allah itu lelaki atau perempuan, ibu?" Kebetulan pada waktu itu, semua anak yang lain mendengar juga. Lalu, soalan itu saya beri kepada Bang Long untuk menjawab. Elok juga beri kepada anak muda menjawab, biar abang dan adik sama-sama belajar sesuatu disitu. Jawapan kepada soalan Uwais ini ada dalam surah al-Ikhlas. Surah yang pendek malah senang pula dihafal oleh anak kecil. Allah Maha Esa  Allah tempat meminta Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan Tiada yang sama dengan Allah Terangkan kepada anak pengisian dari surah al-Ikhlas ini dengan menerangkan sifat-sifat Allah dengan menyebut satu persatu terjemahan ayat al-Ikhlas. Selepas itu, kita boleh adakan sedikit aktiviti dengan anak kecil ini dengan satu eksperimen untuk menyampaikan Allah tidak dapat dilihat tetapi kasih Allah dapat dirasa. Aktivitinya adalah dengan menyuruh anak ini duduk dibawah kipas dan biar dia rasa kese...